Sunday, 17 February 2019
Tips memilih kain ihram..
Seperti yang kita tahu kain ihram adalah sejenis pakaian berwarna putih yang wajib dipakai oleh jemaah lelaki untuk mengerjakan umrah dan haji.
Ia terdiri daripada sepasang kain seperti tuala, berbulu, berbentuk segiempat tepat, tidak berjahit @ bercantum di hujungnya, sehelai dipakai di bahagian bawah badan dan sehelai lagi untuk menutupi bahagian atas badan.
Ada yang plain, yang bercorak kotak kotak dan ada yg bercorak beralun alun.
Dengan pelbagai jenama dan pattern yang ada dalam pasaran sekarang ni, macam mana kita nak tahu mana yang sesuai?
Ramai yang bertanya kepada kami, mana satu @ macam mana nak pilih? 🤔🤔🤔
Ok.. ini kami nak share kan bagaimana cara nak membuat pilihan kain ihram yang sesuai :
1. Tahu ukuran yang sesuai dengan saiz badan anda.
Saiz standard untuk orang dewasa adalah 45 x 90 (inci) yang banyak terdapat dalam pasaran hari ini.
Saiz ini sesuai untuk anda yang berbadan kecil, sedang sedang hingga sederhana besar dan berat di bawah 100kg (anggaran sahaja).
Bagi yang berbadan besar dan gempal atau plus size pula, ada kain ihram plus size yang lebih sesuai dengan anda. Ianya berukuran 50 x 100 (inci), 5 inci lebih besar daripada saiz biasa.
Yang penting ciri cirinya ia cukup untuk melilit keseluruhan bahagian bawah dan atas badan dengan sempurna dan tidak mudah terselak akibat pergerakan atau ditiup angin.
Walau bagaimanapun, untuk kain ihram plus size ia agak kurang dijual dan ada masa perlu dipesan terlebih dulu untuk mendapatkannya.
Bagi kanak kanak pula, terdapat 2 saiz yang ada iaitu untuk yang berumur 6 tahun ke bawah dan 7 hingga 12 tahun.
Mereka bolehlah memilih mengikut kesesuaian saiz badan mereka agar tidak terlalu besar atau kecil.
2. Berat dan ketebalan yang sesuai.
Berat kain ihram yang biasa terdapat hari ini adalah 1200, 1300, 1400 dan 1600 gram untuk saiz dewasa.
Berat ini sebenarnya merujuk kepada ketebalan @ kemampatan tenunan benang kain ihram tersebut.
Lagi berat bermakna kain lebih tebal.
Untuk pemilihan ketebalan ini, jemaah harus memilih mengikut kesesuaian musim di tanah suci pada ketika hendak mengerjakan umrah @ haji masa itu.
Kebiasaanya, bulan November, Disember, Januari dan Februari adalah musim sejuk di tanah suci (boleh mencecah bawah 20° celcius), jadi para jemaah adalah digalakkan untuk memakai kain ihram yang lebih tebal iaitu 1400 & 1600 gram.
Ini adalah supaya badan dapat menyimpan lebih haba di sebalik ihram yang tebal, dan seterusnya dapat melakukan ibadah umrah dengan penuh tenang.
Pada bulan Mac hingga Oktober pula, termasuklah bulan Haji, suhu di tanah suci adalah panas dan adakalanya mencecah sehingga 50° celcius.
Oleh itu, pada masa ini jemaah adalah lebih digalakkan memakai kain ihram yg kurang tebal dengan berat 1300 gram ke bawah.
Ini adalah supaya haba tidak terperangkap di bawah kain dan jemaah merasa lebih selesa beribadah.
Walau bagaimanapun, adalah tidak digalakkan memakai kain ihram yang terlalu nipis kerana ditakuti menampakkan aurat pemakainya.
3. Material yang digunakan.
Terdapat 2 jenis material yang biasa digunakan untuk membuat kain ihram iaitu :
- 100% cotton (tenunan kapas)
- campuran cotton & polyester
Untuk keselesaan jemaah, anda adalah digalakkan memilih jenis kain ihram yang diperbuat daripada 100% cotton kerana ia lebih lembut dan mesra kulit tetapi ia agak lebih mahal sedikit.
Kain ihram yang diperbuat daripada campuran cotton dan polyester lebih murah tetapi mungkin tidak sesuai dengan kulit sesetengah orang dan boleh mengakibatkan kegatalan.
Semasa mengerjakan umrah atau haji, jangkamasa seseorang jemaah memakai ihram adalah agak lama, lebih lebih lagi bagi jemaah yang siap sedia memakainya dari KLIA, kemudian duduk berjam jam di atas flight, kemudian di imigresen, atas bas dan seterusnya, oleh itu digalakkan memakai kain ihram yg mengandungi 100% cotton yg lebih selesa dan lembut.
Terdapat juga kain ihram yang diperbuat daripada kain cotton jenis untuk pakaian atau cadar, tidak berbulu seperti tuala, tetapi ia agak tidak popular di kalangan jemaah Malaysia dan jarang digunakan.
4. Pattern dan corak.
Antara pattern @ corak kain ihram yang terdapat di pasaran hari ini ialah plain, kotak kotak kecil @ besar dan corak2 beralun alun atau abstrak.
Pemilihan corak ini adalah mengikut citarasa pemakai, yang penting ianya selesa dan dapat menutup aurat dengan sempurna.
5. Harga
Terdapat pelbagai harga dalam pasaran hari ini, antara RM40+ hinggalah RM100++ (jenis premium).
Kebiasaannya, harga ditentukan oleh material dan berat, lebih baik material, lebih lembut kainnya dan lebih berat timbangannya, maka lebih tinggilah harganya.
Jemaah dinasihatkan agar tidak lokek untuk memilih kain ihram yang selesa dan sesuai agar tidak mengganggu perjalanan ibadah nanti.
Walau bagaimanapun, ianya terpulang juga kepada kemampuan masing masing untuk membuat pilihan.
6. Gaya
Ada jemaah yang sukakan plain, ada jemaah yang sukakan jenis premium dan bercorak, nampak class. Ini semua terpulang kepada kemampuan masing masing. Yang penting niat utama kita untuk beribadah dan menjadi hambaNya yang terbaik di sana.
7. Akhir sekali, berapa pasang yang diperlukan?
Biasanya kami menggalakkan jemaah untuk membawa sekurang kurangnya 2 pasang. Sepasang untuk pakai manakala sepasang lagi untuk spare @ standby.
Tujuannya apabila yang sedang dipakai tiba tiba terkena kotoran seperti najis, maka bolehlah digantikan dengan yang standby tadi.
Biasanya jemaah akan membuat umrah sebanyak lebih dari 2 kali semasa di tanah suci. Jadi sepasang yang sudah digunakan boleh dibasuh sementara sepasang yang lain dipakai untuk umrah ke-2 dan seterusnya, digunakan bergilir gilir.
............
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada bakal bakal jemaah dalam membuat pilihan sesuai dengan citarasa dan kemampuan..
Dipersilakan share semoga mendapat manfaat... 😊😊😊
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment